Kesusasteraan melayu peringkat anak-anak . Pantun teka teki ini bertujuan mengasah bakat anak-anak sambil belajar berfikir untuk meningkatkan ilmu.
tekatekipantun.suapan tajuk
Memaparkan catatan dengan label teka-teki pelbagai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teka-teki pelbagai. Papar semua catatan
Rabu, 31 Disember 2014
TEKA-TEKI PELBAGAI
Jumaat, 11 Februari 2011
TEKA-TEKI NAMA BINATANG
Pergi memancing di Sungai Jeli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika adik bijak bistari,
Binatang apakah keris di kaki?
Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari buah kelapa,
Tahukah adik binatang apa,
Tahukah adik binatang apa,
Anak ayam mati tercekik,
Dibuang orang di tepi lombong,
Kalau adik orang yang cerdik,
Apa binatang tanduk di hidung?
Dibuang orang di tepi lombong,
Kalau adik orang yang cerdik,
Apa binatang tanduk di hidung?
Badak Sumbu
Makan nasi berulam raja,
Ditambah dengan sambal sotong,
Kalau adik pandai meneka,
Apa binatang tidur tergantung?
Pergi berjalan di waktu petang,
Singgah makan rojak kangkung,
Binatang ni badannya panjang,
Binatang ni badannya panjang,
Jika diusik badannya digulung?
Upin Ipin ketawa sahaja,
Bila melihat cerita jenaka,
Cuba adik cubalah teka,
Badannya besar berstokin pula.
Badannya besar berstokin pula.
Sakit terkena duri semalu,
Ketika menangkap ikan siakap,Kalau adik ingin nak tahu,
binatang apa pandai bercakap.
Burung Tiung
Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,
Buaya
Menebas rumput guna parang,
Waktu siang matanya rabun,
Waktu malam matanya terang.
burung hantu
Dibuat oleh si anak dara,
Lehernya panjang tidak terkira,
Tapi makan pucuk pokok sahaja.
Naik basikal ke rumah Pak Harun,
zirafah
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.
Waktu sarapan makan roti,
ikan jerung
Sedap dimakan dengan madu,
Garang betul binatang ini,
Kejar orang hendak menyudu.
Berwajah cantik berbadan langsing,
Angsa
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakitnya tidak terperi,
Kerengga
Jatuh di parit lutut berdarah, ,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.
Pisang emas pisang restali,
Bila dimakan manis sekali,
Binatang ini kesayangan nabi,
Mukanya comel jinak sekali.
Binatang ini kesayangan nabi,
Mukanya comel jinak sekali.
Kucing
Mak Limah bercakap pelat,
Memakai baju berkain batik,
Binatang kecil ini seperti ulat,
Sudah besar berkepak cantik.
Pecah kaca jatuh berderai,
Jatuh berderai ketika menyusun,
Taringnya tajam bila menyeringai,
Bila mengaum terasa gerun.
Label:
binatang,
haiwan,
kanak-kanak berfikir perkara di sekeliling mereka,
pantun kanak-kanak,
sastera kanak-kanak,
teka-teki pelbagai
Tujuan menulis blog ini dulu untuk mencuba-cuba sahaja, tetapi lama kelamaan terasa seronok pula, disamping itu untuk mengekalkan kesusasteraan melayu ini tidak luput dek zaman ...
Langgan:
Catatan (Atom)