CUBA TEKA SIAPA SAYA?

Jumaat, 18 Februari 2011

TEKA TEKI NAMA BUAH-BUAHAN

                                                     
Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga,  
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.








Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.



Buah durian










Kampung seberang dipukul ribut,
Jadi sebutan zaman berzaman
Rasa gerun bila disebut,
Tetapi lembut bila ditelan.


Buah naga


Selepas subuh pergi ke kota,
Meraduk lumpur dan juga paya,
Buah ini mempunyai mahkota,
 Badannya pula dipenuhi mata.



buah nanas














Adik kecil mukanya bersih,
Selepas dimandi oleh bonda,
Kulitnya hitam isinya putih,
Rasanya manis seperti gula.




buah manggis










Pergi ke muara menaiki rakit,
Bawa balik bunga yang mekar,
Buah ini pelik sedikit,
Bijinya pula ada di luar.




buah gajus








Pak Hitam pergi ke hutan,
Membawa pulang kayu utas,
Bentuknya seperti buah rambutan,
Hendak makan badannya dipulas.   



Buah pulasan









Berkulit hitam buah ini,
Berwarna oren isinya gebu sekali,
Buah ini sukar dicari,
Masam manis bila dirasai.










Jumaat, 11 Februari 2011

TEKA-TEKI NAMA BINATANG


Pergi memancing di Sungai Deli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika adik  bijak bistari,
Binatang apa keris di kaki?

Ayam jantan
Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari pucuk paku,
Tahukah adik binatang apa,
Darahnya hitam tulangnya satu?

 
Sotong












Anak ayam mati tercekik,
Dibuang orang di tepi lombong,
Kalau adik orang yang cerdik,
Apa binatang tanduk di hidung?


Badak Sumbu










kelawar
Makan nasi berulam raja,
Ditambah dengan sambal sotong,
Kalau adik pandai meneka,
Apa binatang tidur tergantung?








Pergi berjalan di waktu petang,
Singgah makan rojak kangkung,
Binatang ni badannya panjang,
Jika diusik badannya digulung?


Ulat Gonggok











Upin Ipin ketawa sahaja,  
Bila melihat cerita jenaka,
Cuba adik cubalah teka,
Badannya besar berstokin pula.


Seladang



Sakit terkena duri semalu,
Ketika menangkap ikan siakap,
Kalau adik ingin nak tahu,
binatang apa pandai bercakap.   

Burung Tiung

Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,





buaya











Pagi-pagi pergi ke kebun,
Menebas rumput guna parang,
Waktu siang matanya rabun,
Waktu malam matanya terang.


burung hantu

Manis sungguh buah melaka,
Dibuat oleh si anak dara,
Lehernya panjang tidak terkira,
Tapi makan pucuk pokok sahaja. 

zirafah
Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.


ikan jerung
Waktu sarapan makan roti,
Sedap dimakan dengan madu,
Garang betul binatang ini,
Kejar orang hendak menyudu.



angsa












Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakit sekali.

kerengga
Jatuh kolam baju basah,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.