tekatekipantun.suapan tajuk

Jumaat, 18 Februari 2011

TEKA TEKI NAMA BUAH-BUAHAN

                                                     
Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga,  
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.

Buah Rambutan









Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.

Buah durian










Kampung seberang dipukul ribut,
Jadi sebutan zaman berzaman
Rasa gerun bila disebut,
Tetapi lembut bila ditelan.



Buah naga


Selepas subuh pergi ke kota,
Meraduk lumpur dan juga paya,
Buah ini ada mahkota,
Badannya pula dipenuhi mata.


buah nanas



















Adik kecil mukanya bersih,
Selepas dimandikan oleh bonda,
Kulitnya hitam isinya putih,
Rasanya manis seperti gula.


buah manggis

 











Pergi ke muara menaiki rakit,
Bawa balik bunga yang mekar,
Buah ini pelik sedikit,
Bijinya pula ada di luar.


buah gajus















Pak Mail pergi ke  hutan,
Membawa pulang kayu utas,
Bentuknya seperti buah rambutan,
Hendak makan badannya dipulas. 
 
 
 

Buah pulasan












Berkulit hitam tidak terperi,
Dalamnya oren gebu sekali,
Buah ini sukar dicari,
Masam manis bila dirasai.



Buah Keranji



Baju dijahit menggunakan mesen,
Untuk dipakai dalam majlis,
Bentuknya lonjong isinya oren,
Bila dimakan lembut dan manis,


Buah betik/papaya






10 ulasan:

Ridzwan Ismail berkata...

Good post.

Unknown berkata...

I love the creativity

MamaNura berkata...

Terima kasih. Jika sudi jom lihat blog saya yang lain www.jomdengarcerita.blogspot.com

Unknown berkata...

Tq sangat . I like this

Blog27999 berkata...

As claimed by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh an average of 42 lbs lighter than we do.

(And by the way, it has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING about "how" they eat.)

BTW, I said "HOW", not "what"...

Click on this link to reveal if this little questionnaire can help you find out your real weight loss potential

Blogger berkata...

Strange "water hack" burns 2lbs overnight

Well over 160,000 women and men are losing weight with a simple and secret "liquid hack" to burn 1-2 lbs each and every night as they sleep.

It's easy and it works on anybody.

Here's how to do it yourself:

1) Take a clear glass and fill it half the way

2) And then follow this strange HACK

you'll be 1-2 lbs skinnier the next day!

shahrul Hisham berkata...

menarik. dan sesuai untuk murid-murid utk mengenal buah-buahan sambil mereka boleh menguasai pembacaan. Mohon izin kongsi bahan tersebut

Unknown berkata...

Haiwan jika beli mahu tanya Mahu cari memang susah Dalam bandar memang ada Banyak dalam hutan rimba

Ibu Nura berkata...

Terima kasih. Dipersilakan. Semuga dapat disebarluas kepada anak-anak disamping dapat menambahkan ilmu kesusasteraan melayu kepada mereka.

Unknown berkata...

Haiwan ini suka menendang sampai tua masih bujang tidak yang mahu pandang muka bengis lagi garang