tekatekipantun.suapan tajuk

Isnin, 7 Mac 2011

TEKA TEKI NAMA BENDA

Pisang berangan dibuat pengat,
Dicampur dengan gula melaka,
Setiap detik setiap saat,
Menghitung waktu tak kira masa.


Jam


Bunga melur bunga cempaka,
Letak disanggul oleh si dara,
Dipakai untuk melihat dan membaca,
Ada pula untuk bergaya.



cermin mata



Matahari terbit sudahlah tinggi,
Itulah tanda sudah dinihari,
Selalu dipakai di bawah kaki,
Untuk berjalan dan juga berlari.

kasut


Berbagai bentuk dan juga warna,
Bila memakai bertambah jelita,
Menutup aurat tujuan utama,
Dapat pahala berganda-ganda.



tudung kepala



Di Pulau Mutiara menaiki beca,
Melancung bersama ayah dan bonda,
Selalu diselak dan juga dibaca,
Agar penuh ilmu di dada.

buku



Wahai adik cubalah fikir,
Dibawa ke sekolah setiap masa,
Diguna untuk menulis dan mengukir,
Kadang kala diguna untuk mengira.



pensil



Berbagai bentuk dan juga rasa,
Perisa durian, coklat apa sahaja.
Walaupun sejuk tidak terkira,
Menjadi kesukaan si kecil  juga dewasa,


Ais Krim


Selepas mandi memakai baju,
Terus pergi ke rumah datuk,
Dahulu dipakai pahlawan melayu,
Hujungnya tajam tepinya berkeluk-keluk.




keris



Pelbagai warna pelbagai rupa,
Terbang tinggi menari-nari,
Menjadi kegembaran tua dan muda,
Awas! datang ribut terputus tali.



Layang-layang













Warna biru cantik menawan,
Warna merah warna kegemaran.
Semasa kecil menjadi kawan,
Sudah besar menjadi lawan.




Unggun Api


Raja sehari duduk di takhta,
Bagai pinang di belah dua,
Tempatnya dihias ibarat raja,
Untuk ditatap rakan dan keluarga.


Pelamin




Sedap sungguh buah nona,
Ditanam dijaga setiap masa,
Digunakan untuk menghilangkan dahaga,
Pelbagai bentuk dan juga warna.

cawan